Tuesday, December 21, 2010

Syaitan itu Kreatif

Syaitan Itu Kreatif
www.iluvislam.com
Pahrol Mohd Juoi
Editor:mawaryangtinggi

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuanMalangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?
Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading– maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit! 




Photobucket

Friday, October 01, 2010

Advice di Perantauan



Hakimi dan Aqim masih membawa nama Advice walaupun jauh diperantauan... Persembahan ni dibuat di Rumah Kelantan Baru (RKB),sempena majlis Sambutan Eidil Fitri. Macam mana agak2??....hehehehe....
Sebenarnya, Hakimi dan Aqim diundang oleh Hazwan Al-Wadi (wakil dari Al-Wadi sebuah kumpulan dibawah naungan PMRAM) sehari sebelum persembahan dan sememangnya tidak sempat untuk membuat persiapan yang baik... ape-ape pun sebagai memenuhi undangan senior,mereka menerima pelawaan itu dengan baik...Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan mengikut makluman dari mereka,mereka bersyukur sangat kerana respon dari pihak penganjur dan penonton sememangnya positif...Alhamdulillah....Teruskan Menyokong Industri Islam....^_^....
Photobucket

Wednesday, June 30, 2010

salam yaumu meelad saeed

SELAMAT HARI LAHIR~
SELAMAT HARI LAHIR~
SELAMAT HARI LAHIR CHIK~
SELAMAT HARI LAHIR~

apa kata kita ucapkan dalam bahasa arab?

YAUMU MILAD SAEED~
YAUMU MILAD SAEED~
YAUMU MILAD SAEED YA CHIK~
YAUMU MILAD SAEED~

=)

dimaklumkan bahawa hari ini adalah hari lahir kepada ahli ADVICE, Chik atau nama sebenarnya Azanizam.

Ayuh sama-sama kita doakan kebahagiaan dunia akhirat untuk beliau dan sama-sama kita menyokong beliau dalam segala apa yang dia lakukan untuk kebaikan.

wah, umur kita semakin hari semakin meningkat kan?

semoga kita sentiasa menyedari akan kematian yang tak pernah mengenal asa menunggu kita.

untuk chik : kebahagiaan, ketenangan, kejayaan, tak akan dapat kita capai selagi kita tidak berusaha kearahnya. =)

SALAM YAUMU MEELAD SAEED
Photobucket

Thursday, June 17, 2010

macam-macam ragam manusia

bismillah...
salam alaikum. lama sudah Advice mendiamkan diri. Blog pun dah bersawang bersarang.

back to main topic. Ragam manusia memang bermacam. ye lah, bak kata pepatah, lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam. ada juga pepatah yang berbunyi rambut sama hitam, perangai lain-lain.

apa yang Advice nak katakan di sini, kita sebagai manusia perlulah menjaga diri dan akhlak kita. eventhough warna rambut kita tak sama, kita berada di padang yang berbeza, tapi kita masih di bawah satu naungan. padang lain-lain tapi masih di bumi yang sama.

do remember that Allah cipta kita semua para makhluk bernama manusia beserta jin adalah untuk beribadah padaNya.

dipetik dari blog kereta mayat, beramal agama adalah lebih senang dari menunggang basikal. BETUL !!!

nak tunggang basikal, kena ada kaki. kalau tak ada kaki, macam mana nak kayuh? kena ada tangan, kalau tak ada tangan, macam mana nak control handle basikal? kena ada duit beli basikal. kalau tak ada duit, macam mana nak ada basikal? macam mana nak tunggang kalau tak ada basikal? kena tahu cara nak balance kedudukan dan bla bla bla...

tapi bila nak beribadah, ada tangan atau tak ada, ada kaki atau tak ada, buta atau tuli, bisu atau lumpuh, semua bisa. kan?

so the conclusion is, biarlah kita ada berbagai ragam, asalkan segalanya tidak terpesong dari agama kita yang suci. janganlah kita sekadar islam pada nama.

p/s : walaupun Advice jarang meng-update blog, di harap sahabat masih menyokong Advice.

Photobucket

Sunday, April 04, 2010

PERHATIAN

bismillah...
assalamualaikum.

kali ini Advice ingin memohon berbanyak-banyak maaf dan ampun kerana single pertama Advice tidak dapat dikeluarkan lagi berikutan beberapa masalah yang dihadapi.

diharapkan semoga semua penyokong Advice masih setia menyokong.


Photobucket

Thursday, April 01, 2010

Allah Selamatkan Kamu

BIRTHDAY CAKE Pictures, Images and Photos

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan sdr Rais,
Allah selamatkan kamu...

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kumpulan Advice,
Allah selamatkan kamu.

kepada saudara Rais, selamat menyambut hari lahir yang ke- tuutttttt......hehehe

hari lahirnya yang ke-21...

semoga hari lahir ini membawa seribu erti hendaknya.

didoakan juga semoga sdr. Rais sentiasa ceria, sentiasa tenang dan sentiasa dirahmati Allah subhanahu wa taala...

kullu aam, wa anta bikhair, insyaAllah...

dan kepada semua peminat Advice, teruskan sokongan anda. keep in touch, and believe what you do. (^_^)



Photobucket

Sunday, March 28, 2010

inderaloka buni septi

bismillah...
dah bersawang rupanya laman blog ni.
lama sungguh admin berdiam diri, rupanya peminat masih kekal menyokong Advice..=)

kali ni admin terpanggil untuk kongsi 1 bahan sastera,
admin pun tak tahula sama ada ianya cerpen, ataupun sajak cerita...
yang pasti, admin nak kongsi bahan ni dengan semua penyokong Advice..=)

sila komen..=)

Terduduk sepi seorang anak itu di tepian pantai, tercari-cari bau laut yang seringkali dikatakan mendamaikan itu. Pencariannya terbantut, dek mukus-mukus duka yang menyekat rongga hidungnya. Dia sudah penat memandang ke langit, apatah lagi ke arah matahari terbenam yang seakan-akan mengambil masa selama-lamanya untuk hilang.

Matanya kabur.

Sedang asyik mencari keindahan alam di sebalik tabir dunia, tiba-tiba bahunya disapa lembut. Seorang insan duduk di sebelahnya, betul-betul di atas batu yang berlumut dan licin.

"Kak, batu itu licin, jatuh nanti,"

Gadis itu tersenyum. Pahit tapi manis. Tawar tapi mesra. Dia senyum seikhlas hati bagi meruntuhkan kesedihan dalam hati adiknya.

"Kau tangiskan apa?" 

Terasa pedar dalam mulutnya tatkala kakaknya bertanya. Dia sebolehya mahu menjawab persoalan itu, tapi dia tertahan-tahan. 

"Ke mana kakak pergi selama ini? Aku selalu seorang di sini.."

"Aku ada di sana. Di sisi bintang dan bulan, angkasa dan cakerawala. Menanti suatu ketika nanti, untuk pergi ke antara dua tempat." Si gadis tersenyum lagi. Kali ini matanya juga tertutup.

Kedua-duanya senyap. Memandang laut. Sesekali kedengaran ombak memukul pantai.

"Adik, aku cuma sebentar di sini. Ada yang ingin kau luahkan, ke mari. Jangan sesekali menzahir kebodohan lantaran kesedihan perasaan sendiri.." kepala adiknya diusap. "Ibu dan ayah, sihat?"

Si adik menggeleng sambil bersuara perlahan "aku tak tahu.." Dia menghela nafas. Sedalam-dalamnya.

"Kakak, sekian lama kau pergi, manakan tahu apa yang berlaku. Seumur hidup aku, paling aku sedihkan, bila melihat anak kecil dipangku ayah mereka, dipeluk, dicium serta dimanjakan. Hatta sudah besar pun, mampu bergurau senda dengan ayah mereka. Indah kak, indah.." Tangisannya bertambah laju.

"Dan aku, di sini, terasa. Sedangkan orang tua mahu belaian, inikan pula aku si anak muda; inginkan pelukan, inginkan ciuman. Bukan dari kekasih bukan dari kawan, tapi keluarga. Bahkan, aku cemburu melihat anak-anak diajar ayah mereka tentang agama. Dan aku, tidak satu kalimah syahadah pun yang ayah ajarkan padaku. Tidak walau sekali!" Serentak dengan itu dia retak seribu.

Si kakak memeluk erat adiknya.

"Maafkan kakak, tiada bersama kamu."

Senyap.

"Apa yang ada pada aku dan dariku, hanya untuk kamu kekal bahagia. Kamu bahagia, aku bahagia. Bukan begitu? Setebal mana luka jiwa, setabah itu kau harus teruskan hidup. Sekuat mana badai dunia, kuat lagi Iman di hati. Tahu?" airmatanya pun turut mula mengalir.

Angin bertiup kuat, tapi lembut. Memukul kedua-dua muka insan yang sedang dihimpit pilu.

Perlahan-lahan cahaya putih itu beransur pergi, ditiup angin ke seluruh maya menuju ke langit. Dan kini, di tepi pantai, seorang insan termenung sepi. Tidak lagi mencari bau laut, mahupun pandang ke matahari terbenam, tapi terus ke langit. Tahu insan kesayangannya ada di sana.



Photobucket

Sunday, February 28, 2010

Show di KDRM

Tadi baru je Advice menyempurnakan sebuah lagi misi untuk Maulidur Rasul kali ni selepas sambutan Maulidur Rasul di SMK Putri Sa'adong di Bukit Marak,Kelantan.....Kali nie,kami buat persembahan kat Wisma KDRM di Kota Bharu, Kelantan...Alhamdulillah,warga Kastam memberi respon yang positif sebaik sahaja kami selesaikan tugas kami...dan kami juga mendapat layanan yang baik sebelum,semasa n selepas persembahan kami,Terima Kasih KDRM kerana jemput kami yek..hi..hi..hi......n kepada semua,Salam Maulidur Rasul...sama-sama kita jadikan Rasullullah sebagai Contoh Tauladan kita n jom kita bersama hayati saat dan detik Nabi kita memperjuangkan Islam,yang Alhamdulillah kita dapat kecapi hari nie..OK!...Salam.

Friday, February 26, 2010

kongsi lirik, epilog silam

hr ni admin terpanggil untuk berkongsi satu lirik. suka sangat dengar lagu ni. banyak i'tibar yang diperolehi.;

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Photobucket

doakan ADVICE

bismillah

salam buat sahabat2,
minta sahabat semua doakan kami, ahli Advice agar memperoleh keputusan peperiksaan yang memuaskan. segalanya daripada Allah s.w.t.

syukran. =)

believe what you do.

Thursday, February 25, 2010

salam maulidur rasul

apa anda faham mengenai rabiul awal? adakah sekadar hari kelahiran junjungan kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam? kami bawakan info ringkas khas untuk penambahan ilmu sahabat advice :
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Wednesday, February 10, 2010

Jom Bersama Kami

13hb.02.2010 :-


- 08.00 a.m (Pagi) :
Senam Aerobik bersama Saujana
Di Padang USM, Kubang Kerian, Kelantan.



- 09.00 p.m (Malam) :
Sh0w Saujana Bersama Advice
Di Stadium Muhammad ke-iv, Kota Bharu, Kelantan.

Tuesday, February 09, 2010

Monday, January 11, 2010

Dari Pena Ilmuan



Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan.

- Thales -


Setelah menua, Thales ditanya tentang keadaannya. Dia menjawab, “Beginilah, aku mati secara perlahan-lahan.”


Derajat kebaikan seorang hamba yang paling tinggi adalah yang hatinya dapat terpuaskan oleh Tuannya Yang Mahabenar sehingga dia tidak membutuhkan perantara antara dirinya dengan Tuannya itu.

- Pythagoras -


Pythagoras mengundang teman-temannya untuk makan, tetapi ternyata pembantunya melalaikan perintahnya dan tidak menyiapkan makanan. Saat teman-temannya datang, dia tidak panik, malah tertawa. Dia berkata, “Hari ini telah kita dapatkan hal-hal yang lebih mulia daripada alasan pertemuan kita ini, yaitu menahan kemurkaan, menguasai kemarahan, menggenggam kesabaran, dan menghiasi diri dengan kelembutan.”


Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

- Pythagoras -


Janganlah sekali-sekali engkau mempercayai kasih sayang yang datang tiba-tiba, karena dia akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba juga.

- Pythagoras -


Pilih olehmu menjadi pihak yang kalah tapi benar. Dan janganlah sekali-sekali engkau menjadi pemenang tetapi zalim.

- Pythagoras -


Jangan membanggakan apa yang telah engkau lakukan hari ini, sebab engkau tidak akan tahu apa yang akan diberikan hari esok.

- Pythagoras -


Sokrates dicela karena makan terlalu sedikit, maka dia menjawab,”Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.”


Diceritakan kepada Sokrates, “Penduduk kota menertawaimu.” Dia menjawab, “Semoga tawa mereka itu semakin menyempurnakan diriku.”


Ada seorang raja yang berkata kepada Sokrates,”Apa yang membuatmu tidak mau menghadapku padahal engkau adalah budakku?” Sokrates menjawab,”Jika engkau jujur kepada dirimu, engkau pasti mengerti bahwa aku bukanlah budakmu.” Raja bertanya, “Bagaimana bisa begitu?” Sokrates menjawab, “Pernahkah engkau mengetahui bahwa diriku melakukan sesuatu atas dasar dorongan nafsu dan marah?” Raja menjawab, “Tidak.” Sokrates bertanya lagi, “Pernahkah engkau begitu?” Raja itu menjawab, “Pernah.” Sokrates berkata, “Saya menguasai nafsu dan marah, sementara keduanya menguasaimu. Jadi engkau adalah Budak dari budakku.”


Lalat mencari dan menempel pada tempat-tempat kotor dan menjauhi tempat-tempat yang sehat. Begitu juga orang-orang yang jahat. Mereka mencari kejelekan-kejelekan orang lain lalu menyebarkannya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikan orang lain dan tidak mau menyebutkannya.

- Sokrates -


Lidah yang menyebut Allah tidak pantas dipakai untuk menyebut kata-kata nista.

- Sokrates -


Malapetaka menimpa binatang selain manusia karena mereka tidak dapat berbicara, dan menimpa manusia karena mereka terlalu banyak berbicara.

- Sokrates -


Bertutur-katalah yang baik atau lebih baik diam.

- Muhammad (salla-Allahu’alayhi was salaam) -


Jika engkau menginginkan kebaikan, segeralah laksanakan sebelum engkau mampu. Tetapi jika engkau menginginkan kejelekan, segeralah hardik jiwamu karena telah menginginkannya.

- Sokrates -


Siapa orang yang paling rendah derajatnya? Sokrates menjawab, “Orang yang tidak percaya pada siapa pun dan tidak dipercaya oleh siapa pun.” Dan siapakah orang yang paling nista? Sokrates menjawab,”Orang yang dimintai maaf tapi tidak mau memaafkan.”


Jika orang yang tidak tahu tidak berbicara, maka perselisihan pasti hilang.

- Sokrates -


Kesejahteraan memberikan peringatan, bencana memberikan nasihat.

- Sokrates -


Mengapa engkau tidak mengkhwatirkan matamu yang terlalu banyak membaca? Sokrates menjawab,”Jika aku dapat menyelamatkan mata hatiku, maka aku tidak akan mempedulikan sakit mataku.”


Sokrates melihat seseorang sedang memukuli pembantunya dengan penuh kemarahan. Sokrates bertanya pada orang itu,”Mengapa engkau memukulinya? Orang itu menjawab,”Dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar.” Sokrates berkata, “Jika semua orang yang telah engkau perlakukan dengan salah engkau ijinkan untuk menghukum dirimu, pasti engkau akan segera meninggalkan kezaliman ini.”


Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya -walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira karenanya.

- Sokrates -



dipetik oleh: ADVICE