Profile


KENALI ADVICE

Kumpulan nasyid yang dikenali sebagai ADVICE ini ditubuhkan pada
28 Disember 2007. Kumpulan nasyid ini ditubuhkan atas inisiatif 4 orang
pelajar dari pelbagai tempat pengajian yang berlainan iaitu Azanizam(Chik), Hakimi, Aqim dan Rais.
Mereka adalah antara yang sangat meminati bidang nasyid dan berpotensi dalam industri dakwah melalui hiburan ini. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada mereka yang pernah terlibat secara langsung dalam bidang seni nasyid dan hiburan tanah air.
Advice juga banyak merujuk mereka yang arif tentang agama dari aspek persembahan, penampilan dan lain-lain.
Di samping itu, kumpulan ini semakin meningkat prestasi mereka kerana sering menerima dan memenuhi pelbagai undangan,samada peringkat pelbagai daerah, peringkat negeri, dan juga swasta dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah, kini Advice telah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tuntutan semasa telah menjarakkan ahli kami. Namun itu bukanlah penghalang bagi Advice menyampaikan Kalimah Toyyibah (kata-kata yang baik) kepada masyarakat, khususnya remaja. 
Oleh yang demikian, Advice benar- benar memiliki suatu iltizam untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah mempertingkatkan citra kumpulan nasyid ini ke peringkat nasional agar lebih dikenali dan diminati ramai, di samping usaha ke arah mencapai dan merealisasikan cita- cita murni untuk menyampaikan dan memperkembangkan usaha dakwah melalui bidang seni nasyid.