Showing posts with label dari admin. Show all posts
Showing posts with label dari admin. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

I'm Home! - Tahun 2012

Assalamualaikum

Advice harap korang semua sihat ok.
Alhamdulillah, inilah 'wajah baru' laman blog kami setelah setahun ditinggalkan.. very long time huh?..
Actually, Advice still ade kat Malaysia cuma kitorang masih bertatih disebabkan Hakimi dan Aqim still at Egypt. Rais and Chik(Azanizam) belajar di universiti yang berbeza, so memang susah la nak kumpul kan.
Because of that, kami dah bincang untuk sama-sama update blog nie untuk terus berkongsi dengan korang tentang apa sahaja sebab bagi kami 'ilmu dan pengalaman tetap perlu dikongsi'. Jarak bukan penghalang right?

Kami minta maaf la ye sebab dah lama tak update blog, ini semua sebab "hilang password". haha. sabor je la! Tapi, Alhamdulillah jumpa juga password blog nie.(Jangan bagitau orang lain tau!)
Along with us dulu, ade sorang kakak. Kami panggil dia Kak Na. Dia yang handle blog nie dulu, so bila dah lama-lama mungkin dia dah tak ingat kot pasal blog nie. Jadi kami pun buatlah keputusan to handle this blog
by own. Kak Na still nak join kami, tapi dia agak sibuk dengan kerja dan personal matters. So, kalau Kak Na ready nanti maka dialah akan jadi admin blog nie balik.
We hope korang still follow blog kami and jangan lupa like post nie tanda korang sokong kami ek?.=)..

And if korang ade apa-apa idea untuk kami improve (anything), just bagitau dibawah or bagitau je kat facebook kami k. Kami memang perlukan 'advice' from cool people (orang sejuk) macam korang..^_^..

Dan mesti banyak yang masih tak kenal atau pening-pening pasal kami kan? korang boleh klik kat sini or kat atas tu untuk ke profil kami.

Walaupun advice tak dapat bersama atas pentas and berkongsi macam-macam dengan korang kat sekolah macam dulu, kami harap dengan blog nie akan terus mengikat tali silaturrahim antara kita k?hihi.

Tema Blog Kali Ini

Kali nie kitorang dah taknak advance macam dulu dah, just santai-santai je lah kali ni. Kami dapat respon yang many readers and bloggers kat Malaysia and majoriti negara didunia memang tak minat pun advance-advance nie. betul ke?
Alasannya adalah sebab readers nie suka yang simple, they wants like 'clicking and reading' simple as that.

It's up to your guys, harap 'comeback' kami di Alam Blogging nie bukan sahaja dapat kawan-kawan baru bahkan..(BAHKAN gitu ha!)..dapat mempertemukan kita dalam satu event Someday. Say "Amin!"..^_^..InsyaAllah.

That's it for today, enjoy with us because we Are Brother! Photobucket
We Love You Geng!

Sunday, March 28, 2010

inderaloka buni septi

bismillah...
dah bersawang rupanya laman blog ni.
lama sungguh admin berdiam diri, rupanya peminat masih kekal menyokong Advice..=)

kali ni admin terpanggil untuk kongsi 1 bahan sastera,
admin pun tak tahula sama ada ianya cerpen, ataupun sajak cerita...
yang pasti, admin nak kongsi bahan ni dengan semua penyokong Advice..=)

sila komen..=)

Terduduk sepi seorang anak itu di tepian pantai, tercari-cari bau laut yang seringkali dikatakan mendamaikan itu. Pencariannya terbantut, dek mukus-mukus duka yang menyekat rongga hidungnya. Dia sudah penat memandang ke langit, apatah lagi ke arah matahari terbenam yang seakan-akan mengambil masa selama-lamanya untuk hilang.

Matanya kabur.

Sedang asyik mencari keindahan alam di sebalik tabir dunia, tiba-tiba bahunya disapa lembut. Seorang insan duduk di sebelahnya, betul-betul di atas batu yang berlumut dan licin.

"Kak, batu itu licin, jatuh nanti,"

Gadis itu tersenyum. Pahit tapi manis. Tawar tapi mesra. Dia senyum seikhlas hati bagi meruntuhkan kesedihan dalam hati adiknya.

"Kau tangiskan apa?" 

Terasa pedar dalam mulutnya tatkala kakaknya bertanya. Dia sebolehya mahu menjawab persoalan itu, tapi dia tertahan-tahan. 

"Ke mana kakak pergi selama ini? Aku selalu seorang di sini.."

"Aku ada di sana. Di sisi bintang dan bulan, angkasa dan cakerawala. Menanti suatu ketika nanti, untuk pergi ke antara dua tempat." Si gadis tersenyum lagi. Kali ini matanya juga tertutup.

Kedua-duanya senyap. Memandang laut. Sesekali kedengaran ombak memukul pantai.

"Adik, aku cuma sebentar di sini. Ada yang ingin kau luahkan, ke mari. Jangan sesekali menzahir kebodohan lantaran kesedihan perasaan sendiri.." kepala adiknya diusap. "Ibu dan ayah, sihat?"

Si adik menggeleng sambil bersuara perlahan "aku tak tahu.." Dia menghela nafas. Sedalam-dalamnya.

"Kakak, sekian lama kau pergi, manakan tahu apa yang berlaku. Seumur hidup aku, paling aku sedihkan, bila melihat anak kecil dipangku ayah mereka, dipeluk, dicium serta dimanjakan. Hatta sudah besar pun, mampu bergurau senda dengan ayah mereka. Indah kak, indah.." Tangisannya bertambah laju.

"Dan aku, di sini, terasa. Sedangkan orang tua mahu belaian, inikan pula aku si anak muda; inginkan pelukan, inginkan ciuman. Bukan dari kekasih bukan dari kawan, tapi keluarga. Bahkan, aku cemburu melihat anak-anak diajar ayah mereka tentang agama. Dan aku, tidak satu kalimah syahadah pun yang ayah ajarkan padaku. Tidak walau sekali!" Serentak dengan itu dia retak seribu.

Si kakak memeluk erat adiknya.

"Maafkan kakak, tiada bersama kamu."

Senyap.

"Apa yang ada pada aku dan dariku, hanya untuk kamu kekal bahagia. Kamu bahagia, aku bahagia. Bukan begitu? Setebal mana luka jiwa, setabah itu kau harus teruskan hidup. Sekuat mana badai dunia, kuat lagi Iman di hati. Tahu?" airmatanya pun turut mula mengalir.

Angin bertiup kuat, tapi lembut. Memukul kedua-dua muka insan yang sedang dihimpit pilu.

Perlahan-lahan cahaya putih itu beransur pergi, ditiup angin ke seluruh maya menuju ke langit. Dan kini, di tepi pantai, seorang insan termenung sepi. Tidak lagi mencari bau laut, mahupun pandang ke matahari terbenam, tapi terus ke langit. Tahu insan kesayangannya ada di sana.



Photobucket

Friday, December 25, 2009

dari tangan admin

salam alaikum kpd smua pelawat blog, jgn terkejut, ini sememangnya adalah blog kumpulan nasyid ADVICE. mgkin timbul difikiran semua, "knapa blog ni cam bdak2 pnya? xmcm blog rasmi jer"..mgkin ada jgk yg kata, "xpro la sapa yg wat blog nih, xseswai ngan title..kata blog kump nasyid tp cmni lak"..

untuk menjawab persoalan anda, suka untuk saya jelaskan bahawa ini sememangnya plan kami untuk menarik lebih ramai peminat disamping berdakwah kepada mereka.

setelah diteliti, admin mendapati terdapat ramai remaja yang sering berkata, "alah, org warak, dia kawan ngan org warak je, xkawan ngan kita nih".. ada juga yang berkata , "tu semua geng2 nasyid la tuh, bsongkok bkopiah semua, kita xsama taraf dgn diorang''. x kurang juga yang kata, "boring r nasyid skrg nih, sama je semua"..

so, kami telah mmbuat satu perubahan dimana kami ingin menampilkan blog yang sempoi dan bersahaja selaras dgn tema ADVICE..

harapan kami agar semua yang melawat blog advice berpuas hati, dan mengambil input yang berguna di blog ini. akhir kata, jangan tentukan sebiji buku itu dengan sekadar melihat kulitnya...


wassalam

p.s: kepada sesiapa yang mmpunyai komen @ saranan, komen sahaja di post ini.