show :
21 November 2009
Persembahan di Dewan Majlis Daerah Bachok sempena Majlis Konvensyen kanak-kanak PASTI Bachok
Jam : 9 pagi

show terdekat :
Apabila seseorang berkata, kamu ni tak hensem/cantik la.
“Ada yang hitam, ada yang putih, zahirnya Dia menciptakan kita berbeza, namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna, walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama.... Rabbani – Satu Qiblat Yang Sama”
Apabila seseorang bertanya, kenapa tak coupel? Tak laku ke?
“biar sendiri hingga hujung nyawa, asal xsepi dari kasih-Nya, kerna sesungguhnya hakikat cinta, hanya Dia yang esa.... UNIC – Atas Nama Cinta”
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Apabila seseorang bertanya, apa aku nak buat hari ni yer? Hmm...
“mulakanlah harimu dengan memuji Allah, seiring siulan burung ceria berterbangan, berzikirlah dengan alunan asma’ ulhusna, bersyukurlah kita masih dibangkitkan..... UNIC – Syukur-Syukurlah”
Apabila seseorang bertanya, apa ciri-ciri isteri yang baik yer? Hmm...
“isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata penawar hati penajam fikiran, di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu kita buntu dia penunjuk jalan, nasihat kita dijadikan pakaian silap kita dia betulkan, penghibur diwaktu kesunyian, terasa ramai bila bersamanya... Saff One – Isteri Solehah”
Apabila seseorang bertanya, mati tu macam mana yer?
“Ajal yang datang dibuka pintu, tiada siapa yang memberi tahu, tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali, lemah jemari nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati, cukup sekali jasadku untuk mengulangi..... Far East – Menanti di Barzakh”
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Apabila seseorang ditimpa musibah.
“segala takdir terimalah dengan hati terbuka, walau tersiksa ada hikmahnya, harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma, itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa, diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan, hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya....... Mestica – Rahmat Ujian”
Apabila seseorang bertanya, apa ciri-ciri orang yang ego?
“Bibirmu ketandusan senyuman, jeling pandangan hanyalah di ekor mata, atur langkah penuh keangkuhan, gerak gaya lambang kemegahan, kau terlupa apa yang kau ada, segalanya kurniaan yang Esa....... bagaikan sang merak yang indah bulunya, namun tidak mampu terbang ke angkasa.... Mestica – Egoist”
Apabila seseorang bertanya, apakah yang anda faham tentang ‘bahagia’?
“Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati, bahagia itu ada pada hati, bertakhta di kerajaan diri, terbenam bagai mutiara di lautan nurani, bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa, bahagia itu adalah suatu ketenangan.... UNIC – Hakikat Bahagia”
Apabila seseorang bertanya, apakah erti perjuangan?
“Perjuangan itu gerun dan mengerikan, hebat dan dasyat menggerukkan hati, bagi mukmin di sini harga dan nilainya, perjuangan itu bagai sampan di laut, di atas lapang tiada perlindungan, di bawa air melambung dan menggunung, menongkah gelombang yang datang melanda... Saff One – Perjuangan”
Apabila seseorang bertanya, apakah sumbangan guru kepada anda?
“Pernah langkah ku payah, menuju ke destinasi, kerana malam gelap, dan bintang hilang kerdipnya, menjadikan arah ku keliru, ke timur atau ke barat....... Namun tanpa rasa payah, dia memimpin tanganku, melangkah satu persatu, dan mencipta jejak impian, menjadikan arahku jelas, aku harus ke hadapan...... In Team – Lilin Seorang Guru”
Sebagai renungan kita bersama...
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam
Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita
tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,
bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.