Wednesday, December 23, 2009

apabila seseorang............nasyid berkata.

dipetik dari dr movie.

Apabila seseorang berkata, kamu ni tak hensem/cantik la.
Ada yang hitam, ada yang putih, zahirnya Dia menciptakan kita berbeza, namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna, walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama.... Rabbani – Satu Qiblat Yang Sama

Apabila seseorang bertanya, kenapa tak coupel? Tak laku ke?
biar sendiri hingga hujung nyawa, asal xsepi dari kasih-Nya, kerna sesungguhnya hakikat cinta, hanya Dia yang esa.... UNIC – Atas Nama Cinta


Dapatkan ecard NasyidFM Disini

Apabila seseorang bertanya, apa aku nak buat hari ni yer? Hmm...
mulakanlah harimu dengan memuji Allah, seiring siulan burung ceria berterbangan, berzikirlah dengan alunan asma’ ulhusna, bersyukurlah kita masih dibangkitkan..... UNIC – Syukur-Syukurlah

Apabila seseorang bertanya, apa ciri-ciri isteri yang baik yer? Hmm...
isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata penawar hati penajam fikiran, di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu kita buntu dia penunjuk jalan, nasihat kita dijadikan pakaian silap kita dia betulkan, penghibur diwaktu kesunyian, terasa ramai bila bersamanya... Saff One – Isteri Solehah

Apabila seseorang bertanya, mati tu macam mana yer?
Ajal yang datang dibuka pintu, tiada siapa yang memberi tahu, tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali, lemah jemari nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati, cukup sekali jasadku untuk mengulangi..... Far East – Menanti di Barzakh


Dapatkan ecard NasyidFM Disini


Apabila seseorang ditimpa musibah.
segala takdir terimalah dengan hati terbuka, walau tersiksa ada hikmahnya, harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma, itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa, diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan, hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya....... Mestica – Rahmat Ujian

Apabila seseorang bertanya, apa ciri-ciri orang yang ego?
Bibirmu ketandusan senyuman, jeling pandangan hanyalah di ekor mata, atur langkah penuh keangkuhan, gerak gaya lambang kemegahan, kau terlupa apa yang kau ada, segalanya kurniaan yang Esa....... bagaikan sang merak yang indah bulunya, namun tidak mampu terbang ke angkasa.... Mestica – Egoist

Apabila seseorang bertanya, apakah yang anda faham tentang ‘bahagia’?
Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati, bahagia itu ada pada hati, bertakhta di kerajaan diri, terbenam bagai mutiara di lautan nurani, bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa, bahagia itu adalah suatu ketenangan.... UNIC – Hakikat Bahagia

Apabila seseorang bertanya, apakah erti perjuangan?
Perjuangan itu gerun dan mengerikan, hebat dan dasyat menggerukkan hati, bagi mukmin di sini harga dan nilainya, perjuangan itu bagai sampan di laut, di atas lapang tiada perlindungan, di bawa air melambung dan menggunung, menongkah gelombang yang datang melanda... Saff One – Perjuangan

Apabila seseorang bertanya, apakah sumbangan guru kepada anda?
Pernah langkah ku payah, menuju ke destinasi, kerana malam gelap, dan bintang hilang kerdipnya, menjadikan arah ku keliru, ke timur atau ke barat....... Namun tanpa rasa payah, dia memimpin tanganku, melangkah satu persatu, dan mencipta jejak impian, menjadikan arahku jelas, aku harus ke hadapan...... In Team – Lilin Seorang Guru

Apabila seseorang leka dengan nikmat dunia, ingatlah..
dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus, nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir, panas yang membahang disangka air, dunia dan nafsu bagai bayang-bayang, dilihat ada ditangkap hilang, Tuhan.. leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku,kerana di situ tidak ku mampu, mengumpul dua cinta hanya cintaMu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang kubunuh.... Raihan – Antara Dua Cinta

Apabila seseorang berasa dirinya tidak mampu menghadapi ujian.
jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah maha kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat Islam sentiasa boleh.... Suara Firdaus – Menuju Wawasan

Apabila seseorang memperoleh kejayaan.
so friends everytime remember, Allah the most merciful, say thank you Allah, thank you Allah....... Raihan – Thank You Allah

No comments:

Post a Comment